PROGRAM RAYA " LEMANG DAN RENDANG "

4 Julai 2016 - Program raya yang diadakan pada setiap tahun ini bermula pada jam 8.00 malam, manakala penyediaan bahan telah bermula seawal jam 7.30 pagi. Penyediaan bahan untuk memasak rendang turut dibantu oleh ahli PERSIAP PULAPEN.
Komandan, pegawai kanan serta jurulatih dan keluarga turut serta hadir membantu dan memeriahkan program yang dijalankan pada malam tersebut.  Kali ini, sebanyak 100 batang lemang telah dibakar dan diagihkan bersama rendang kepada kakitangan yang masih belum pulang beraya di kampung halaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "