MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017
17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak melibatkan seramai 145 orang peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan selama 15 minggu dan mengikuti modul-modul latihan yang telah dirancang.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Mustafa Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri hadir bersama isteri YBhg. Datin Sri Noriza Binti Mohd Noor,. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar(Ketua Pengarah Penjara Malaysia) bersama isteri YBhg. Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man, Pn. Rafidah Binti Datu Derin (Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela KDN), TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid (Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme), Ybhg. TKP Dato' Narander Singh a/l Chand Singh ( Pengarah Maktab Penjara Malaysia ), Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara serta Badan-Badan Kerajaan Daerah Larut Matang dan Selama.
Semua jemputan yang hadir turut dipertontonkan dengan ketangkasan peserta kursus melalui persembahan Seni Tangkas Penjara, dan Kawad Tattoo dibawah pimpinan Barisan Pegawai kanan serta jurulatih. Penyampaian Anugerah kecemerlangan latihan turut disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Mustafa Bin Ibrahim kepada penerima seperti berikut :
Pelatih Terbaik Keseluruhan : WP 23637 Muhammad Hanis Bin Hashim ( Penjara Bentong )
Pelatih Terbaik Akademik : WP 23615 Mohamad Syahmi Bin Kandar ( Penjara Penor )
Pelatih Terbaik Menembak : WP 23368 Muhamad Adib Bin Mohamad Napi ( Penjara Sg. Buloh )
Pelatih Terbaik Latihan Luar : WP 2351 Mohd Rahimi Bin Rahmad ( Penjara Bentong )
Ulasan
Catat Ulasan