Kursus Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) Lantikan Baru Siri 1/2014

24 Mac 2014 - telah diadakan Kursus Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) Lantikan Baru Siri 1/2014 kepada anggota lantikan baru UKP.

Antara objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas berkaitan ancaman terhadap ketenteraman dan mengenalpasti keperluan serta kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai anggota UKP. Selain itu, diharap juga kursus ini dapat memebri pendedahan kepada anggota unit berhubung pengoperasian kawalan dan pencegahan serta meningkatkan pengetahuan dalam skop keselamatan di samping memantapkan disiplin dan kerja berkumpulan anggota UKP.
Para peserta juga dibawa ke Pusat Latihan Simpanan Persekutuan, Polis Di Raja Ipoh yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap penggunaan bom asap yang sebenar, serta kesannya kepada individu. Kursus ini berakhir pada 2 April 2014.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "