17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak melibatkan seramai 145 orang peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan selama 15 minggu dan mengikuti modul-modul latihan yang telah dirancang.
Sabtu, 11 November 2017
GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA
16 Oktober 2017 ( Isnin ), Gotong-royong memasak Bubur Asyura diadakan lagi pada 26 Muharram 1439H bertempat di perkarangan Rumah Mayang Sari. Gotong-royong tersebut bermula pada jam 9.30pagi dan turut dibantu oleh Ahli PERSIAP PULAPEN Perak.
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT INSTITUSI PULAPEN PERAK
14 Oktober 2017 ( Sabtu ), Seawal jam 7.30 pagi, Pegawai kanan, warga kerja PULAPEN Perak serta keluarga, dan peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berkumpul di Padang Kawad PULAPEN Perak untuk memulakan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat institusi.
PEMAKAIAN PINGAT PERKHIDMATAN AM ( PPA ) KSAPP SIRI 2/2017
4 Oktober 2017 ( Rabu ) - Majlis Pemakaian Pingat Perkhidmatan Am ( PPA ) kepada 145 orang peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah diadakan di Padang Kawad PULAPEN Perak pada jam 8.00 pagi.
AUDIT PERSIJILAN SEMULA DAN UPGRADING VERSI MS ISO 9001:2015
3 Oktober 2017 ( Selasa ) - PULAPEN Perak telah menerima lawatan audit dari Management System Certification Department SIRIM QAS International Sdn Bhd yang diketuai oleh Tn. Haji Ali Bin Borhan serta seorang auditor iaitu En. Abd. Lataf Bin Daud . Skop persijilan adalah Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19 dan pengauditan dijalankan menggunakan standard MS ISO 9001:2015.
PERHIMPUNAN SETIA BULAN SEPTEMBER DAN PEMAKAIAN PANGKAT
14 September 2017 ( Khamis ) - Padang Kawad PULAPEN Perak telah menjadi lokasi bagi Perhimpunan Setia Bulan September 2017 serta Majlis Pemakaian Pangkat hakiki / TBBK kepada kakitangan Institusi Penjara Negeri Perak. Majlis Pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak. Turut hadir adalah pengarah-pengarah institusi Penjara Negeri Perak.
Isnin, 2 Oktober 2017
QURBAN DAN AQIQAH PULAPEN PERAK
3 September 2017 ( Ahad ) , Seawal jam 7.30 pagi, semua pegawai dan kakitangan serta keluarga termasuk ahli PERSIAP PULAPEN Perak telah berkumpul di perkarangan Rumah Mayang Sari untuk menikmati sarapan pagi sebelum memulakan tugasan masing-masing untuk melapah daging korban, dan penyediaan bahan untuk memasak.
Langgan:
Catatan (Atom)
MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017
17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan ...

-
17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan ...
-
12 Jun 2014 - berakhir sudah Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2014 yang telah dijalankan selama 15 minggu. Pelbagai aktiviti...
-
27 Februari 2014 - Bertempat di Maktab Penjara Malaysia, telah diadakan Majlis Pemakaian Pingat Kerana Perkhidmatan Awam ( PPA ) kepada s...
