Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ummu Sophiah

Imej
17 Julai 2014 - Seramai 29 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ummu Sophiah, Trong telah diraikan dalam satu majlis Iftar yang diadakan di PULAPEN bermula jam 7.00 petang. Sebelum menikmati hidangan utama, kesemua mereka menikmati hidangan ringan di perkarangan Surau Al-Ulumiah bersama-sama dengan kakitangan dan ahli keluarga.

Gotong-Royong menyediakan juadah berbuka puasa

Imej
17 Julai 2014 - " Keluarga Besar PULAPEN Perak" yang terdiri dari pegawai kanan, jurulatih, kakitangan awam serta ahli PERSIAP telah bersama-sama hadir memeriahkan aktiviti gotong-royong dalam menyiapkan juadah berbuka puasa bersama anak yatim yang akan diadakan pada petang tersebut.

" Ingatlah Pesan Komandan... "

Imej
12 Jun 2014 - berakhir sudah Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2014 yang telah dijalankan selama 15 minggu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bertepatan dengan Modul yang telah di rancang. Seterusnya kesemua 76 Orang Wadar Lantikan Baru akan ke institusi masing-masing untuk menggalas tanggungjawab yang telah di amanahkan.

Program Ziarah Ahli Bersekutu PERSIAP PULAPEN

Imej
11 Jun 2014 - Satu program ziarah telah di atur ke rumah salah seorang ahli Bersekutu PERSIAP PULAPEN iaitu Pn. Raja Zahar Fauziah yang bertempat di Assam Kumbang. Beliau juga merupakan isteri kepada mantan pengarah Penjara Taiping iaitu Tn. Jamaluddin Bin Ramdhan.