Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ummu Sophiah
17 Julai 2014 - Seramai 29 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ummu Sophiah, Trong telah diraikan dalam satu majlis Iftar yang diadakan di PULAPEN bermula jam 7.00 petang. Sebelum menikmati hidangan utama, kesemua mereka menikmati hidangan ringan di perkarangan Surau Al-Ulumiah bersama-sama dengan kakitangan dan ahli keluarga.
Selesai solat maghrib, tetamu yang diraikan dibawa ke Dewan Melor untuk menikmati hidangan utama yang disediakan sendiri oleh kakitangan serta ahli PERSIAP PULAPEN Perak. pp Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan termasuk buku kepada pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut.
Pengerusi PERSIAP PULAPEN, Pn. Hasliza Binti Mayan, ditemani Naib-naib pengerusi serta ahli bersekutu PERSIAP PULAPEN turut menyampaikan sumbangan raya kepada tetamu dirai yang hadir.
Ulasan
Catat Ulasan