25 Oktober 2013 - Bertempat di Auditorium Ilmu telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta kursus seperti di atas setelah berjaya menamatkan kursus selama 4 hari bermula 22 Oktober 2013.

Ketiga-tiga kursus ini telah di hadiri oleh kakitangan beruniform dan kakitangan awam gred N17 dari institusi penjara di seluruh Malaysia. Objektif yang ingin di capai sepanjang kursus penghendalian & teknikal senjatapi di jalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan dalam pengendalian senjatapi dengan baik dan selamat. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang berkemahiran dan mempunyai kecekapan dalam pengendalian senjatapi, di samping memberi pendedahan dalam pengendalian senjata bagi mengelakkan kejadian terlepas tembakan.
 Kursus Penggunaan peralatan keselamatan memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tentang penggunaan dan pengendalian peralatan keselamatan yang betul di samping meningkatkan kemahiran dan mengelakkan terjadinya kecuaian dalam kawalan semasa bertugas.
 Memberi pendedahan dan pemahaman kepada pegawai dan kakitangan institusi berhubung pengurusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan penjara. disamping memastikan pegawai dan kakitangan memahami penambahbaikan yang di lakukan serta memastikan urusan perkhidmatan di laksanakan mengikut prosedur dan pekeliling yang berkuatkuasa secara menyeluruh adalah antara objektif yang perlu di capai oleh peserta Kursus Pengurusan Perkhidmatan



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "