MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2016

20 Julai 2016 ( Rabu ) Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah berlansung Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2016 yang melibatkan seramai 158 orang pegawai lantikan baru Gred KA19 dari seluruh institusi penjara. Majlis perbarisan tamat latihan tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Dato' Hj Hassan Sakimon, Timbalan Komisioner Penjara ( Keselamatan dan Koreksional ).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah TKP Hj. Nordin Bin Muhamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Pengarah Penjara Negeri zon utara, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Pengarah institusi zon utara dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri daerah taiping.
Majlis dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu lintas hormat dalam formasi perlahan dan cepat jalan, seterusnya penyampaian piala kecemerlangan latihan kepada pelatih-pelatih terbaik. Majlis diakhiri dengan persembahan Pancaragam Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Control and Restraint ( C&R ), Unit K9 dan SENTAP.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "