MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGHUNI RUMAH JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOPIAH
15 Jun 2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H telah diadakan Majlis Berbuka Puasa kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Ummu Sopiah, Trong.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Setia TKP Hj. Nordin Bin Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Pengarah institusi negeri perak serta jemputan kakitangan dari institusi terdekat, ahli PERSIAP, ahli Bersekutu PERSIAP, pegawai kanan, kakitangan serta keluarga.
Pada Majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan raya kepada Rumah anak-anak yatim Ummu Sopiah yang di sempurnakan oleh Y. Setia TKP Hj. Nordin Bin Muhamad, manakala sumbangan kepada anak-anak yatim disempurnakan oleh PKP Nik Robidin Bin AB Rahman, Komandan PULAPEN Perak serta isteri Pn. Zalina Zahari, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak.
Ulasan
Catat Ulasan