11 Julai 2015 / 24 Ramadhan 1436H telah diadakan Santai Iftar di padang Stadium Sultan Yusuf yang melibatkan peserta-peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2015, pegawai kanan, jurulatih serta keluarga. Turut memeriahkan acara adalah Komandan PULAPEN Perak, PKP Nik Robidin Bin Ab Rahman serta keluarga.Semua peserta mula membanjiri sekitar kawasan padang pada jam 7.20 petang.
Latihan kecergasan Peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2013 bersama anggota Trup Tindakan cepat telah diadakan selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Februari 2014.
25 Oktober 2013 - Bertempat di Auditorium Ilmu telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta kursus seperti di atas setelah berjaya menamatkan kursus selama 4 hari bermula 22 Oktober 2013.
17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak melibatkan seramai 145 orang peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan selama 15 minggu dan mengikuti modul-modul latihan yang telah dirancang.
Ulasan
Catat Ulasan