MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS, KOMANDAN PULAPEN PERAK


18 Disember 2014, Taiping - Majlis Serah dan Terima Tugas Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping di antara PKP Nik Robidin Ab. Rahman dan PP Shariff Bin Masri
Majlis diserikan dengan kehadiran TKPj. Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas tersebut. Majlis yang bersejarah ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PP Shariff Bin Masri  diikuti  Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa kepada PKP Nik Robidin Bin Ab. Rahman
PP Shariff Masri yang bertukar ke Penjara Reman Johor Bahru bermula 18 Disember 2014  merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Sekolah Henry Gurney Keningau.
Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku dan ucapan daripada PKP Nik Robidin Bin Ab. Rahman, selaku Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping yang baru.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "