Pertandingan Boling Piala Komandan & Piala Pengerusi PERSIAP PULAPEN

26 September 2014 - Bertempat di Ole-Ole Superbowl Meru Raya, Ipoh telah diadakan Pertandingan Boling bagi merebut Piala Komandan dan Piala Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak.
Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori , iaitu lelaki, wanita dan remaja melibatkan seramai hampir 40 kakitangan termasuk PERSIAP dan anak-anak kakitangan. Acara ini telah dijadikan sebagai acara tahunan institusi ini yang bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan kakitangan serta anggota keluarga. Acara bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam setelah selesai penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "