Program Ziarah Ahli Bersekutu PERSIAP PULAPEN

24 April 2014 - Satu Program Ziarah telah di atur oleh Biro Kebajikan PULAPEN Perak ke rumah salah seorang ahli bersekutu PERSIAP PULAPEN Perak.

 Yang DiPertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Man  bersama Naib Yang DiPertua selaku Ketua Biro Kebajikan, YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah yang diiringi oleh Puan Norliza bt Pa’wan Chik (Naib Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Kajang),Puan Shahrul Bariyah bt Sabdin (Setiausaha Biro Kebajikan) dan Puan Ritarimaya bt Mustapha (Setiausaha Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu) telah berbesar hati untuk menziarah ahli bersekutu PERSIAP PULAPEN Perak bertempat di kediaman Pn. Halimah Binti Mahmood bersama dengan Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak serta ahli jawatan kuasa yang lain.
Pn. Halimah merupakan antara ahli bersekutu yang aktif melibatkan diri dalam setiap program atau aktiviti yang di atur oleh PERSIAP PULAPEN. Memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan, penglibatan beliau dalam setiap aktiviti yang di rancang terpaksa dibataskan.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "