Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2014

11 Jun 2014 - Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2014 telah diadakan di Padang Kawad PULAPEN Perak.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Hj. Norzam Bin  Mohd Nor ( Pengarah Bahagian Pembangunan Operasi, Jabatan Perkhidmatan Awam ) yang juga Pegawai Tabik Hormat. Turut serta memeriahkan majlis ialah Y.Bhg Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar ( Ketua Pengarah Penjara Malaysia ), Y.Bhg Dato' Alzafry Mohamed Alnasif Bin Mohamed Adahan ( Pengarah Dasar Kepenjaraan ), TKPj Hj. Nordin Bin Hj. Muhamad ( Pengarah Pembangunan Profesionalisme ), Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Institusi serta pengarah-pengarah Parol negeri.
Sebagai penghargaan kepada peserta kursus, telah disampaikan Piala Pusingan kecemerlangan latihan kepada pelatih-pelatih terbaik kursus ini. Penerima anugerah pelatih terbaik adalah seperti berikut :
Pelatih Terbaik Keseluruhan : WP 21465 Mohd Hazudin Bin Ngah
Pelatih Terbaik Akademik : WP 21516 Mohd Hazizul Bin Husaimi
Pelatih Terbaik Menembak : WP 21457 Azlizan Bin Azahar
Pelatih Terbaik Latihan Luar : WP 21531 Abdullah Assaney Bin Abd. Halim





























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "