Latihan Kecergasan Peserta KSAPP Siri 2/2013 bersama Anggota Trup Tindakan Cepat ( TTC )
Latihan kecergasan Peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2013 bersama anggota Trup Tindakan cepat telah diadakan selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Februari 2014.
Pada hari pertama aktiviti di jalankan, peserta telah di uji dengan ketahanan fizikal dengan melakukan larian 2.4 km, di ikuti dengan ujian kecergasan fizikal, dan Endurance Marching sejauh 15 km yang berakhir jam 4.30 pagi. Aktiviti pada hari berikutnya diteruskan dengan mendaki Bukit Larut seawal jam 8.30 pagi, Physiological Age Test dan pada sebelah malam pula diadakan Loceng gempar. Hari terakhir peserta dibawa ke zon rempuh halangan sebelum acara penutupan diadakan pada jam 3.30 petang.
Ulasan
Catat Ulasan