MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARI RUMAH ANAK YATIM UMMU SOPHIAH
Pada 8 Julai 2015 ( Rabu ) bersamaan 21 Ramadhan 1436H telah diadakan Majlis Berbuka Puasa kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Ummu Sopiah, Trong.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Setia TKPj Hj. Nordin Bin Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Pengarah institusi zon utara serta jemputan kakitangan dari institusi terdekat, ahli PERSIAP, ahli Bersekutu PERSIAP, pegawai kanan, kakitangan serta keluarga.
Pada Majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan raya kepada Rumah anak-anak yatim Ummu Sopiah yang di sempurnakan oleh Y. Setia TKPj Hj. Nordin Bin Muhamad, manakala sumbangan kepada anak-anak yatim disempurnakan oleh Pn. Zalina Zahari, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak.
Ulasan
Catat Ulasan