Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

QURBAN DAN AQIQAH PULAPEN PERAK

Imej
3 September 2017 ( Ahad ) , Seawal jam 7.30 pagi, semua pegawai dan kakitangan serta keluarga termasuk ahli PERSIAP PULAPEN Perak telah berkumpul di perkarangan Rumah Mayang Sari untuk menikmati sarapan pagi sebelum memulakan tugasan masing-masing untuk melapah daging korban, dan penyediaan bahan untuk memasak.

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN SISWA SISWI KOREKSIONAL ( SISKOR ) SIRI 1/2017

Imej
27 Ogos 2017 ( Ahad ) - Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) Siri 1/2017 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia ( UUM ), universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ), Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ( UTHM ).

MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG DAN ANUGERAH ANAK CEMERLANG 2017 ZON UTARA II JABATAN PENJARA MALAYSIA

Imej
4 Ogos 2017 ( Jumaat ) Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, telah diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang 2017 Zon Utara II Jabatan Penjara Malaysia. Majlis tersebut melibatkan seramai 53 orang pegawai dan kakitangan yang bersara serta 69 orang anak cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM/STAM