Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2016

Imej
20 Julai 2016 ( Rabu ) Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah berlansung Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2016 yang melibatkan seramai 158 orang pegawai lantikan baru Gred KA19 dari seluruh institusi penjara. Majlis perbarisan tamat latihan tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Dato' Hj Hassan Sakimon, Timbalan Komisioner Penjara ( Keselamatan dan Koreksional ).

JAMUAN HARI RAYA PERDANA

Imej
19 Julai 2016 ( Selasa ) telah diadakan Jamuan sempena sambutan Aidilfitri bertempat di Dewan Tun Perak.

PROGRAM RAYA " LEMANG DAN RENDANG "

Imej
4 Julai 2016 - Program raya yang diadakan pada setiap tahun ini bermula pada jam 8.00 malam, manakala penyediaan bahan telah bermula seawal jam 7.30 pagi. Penyediaan bahan untuk memasak rendang turut dibantu oleh ahli PERSIAP PULAPEN.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PESERTA KSAPP 1/2016

Imej
1 Julai 2016 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1437H, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2016 bertempat di Surau Al-Ulumiah. Program yang dirancang itu bermula pada jam 5.00petang setelah selesai solat asar.

PROGRAM MALAYSIA NGAJI " 1 JAM BERSAMA AL-QURAN "

Imej
29 Jun 2016 (Rabu) – Jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang telah berlangsung Program #malaysiangaji “ SATU JAM BERSAMA AL-QURAN” di Surau Al-Ulumiyah, Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak.

DIALOG DAN PENYERAHAN "DUIT RAYA"

Imej
27 Jun 2016 ( Isnin ), telah diadakan sessi dialog bertempat di Bilik Teratai yang dihadiri oleh semua pegawai kanan, jurulatih serta kakitangan awam Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping. Turut hadir dan mempengerusikan majlis dialog ialah PKP Nik Robidin Bin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak.

" IFTAR JAM'IE " DI PADANG SULTAN YUSUFF

Imej
24 Jun 2016, telah diadakan aktiviti Iftar Jam'ie secara terbuka yang diadakan di Padang Sultan Yusuff yang melibatkan peserta-peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2016,

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGHUNI RUMAH JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOPIAH

Imej
15 Jun 2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H  telah diadakan Majlis Berbuka Puasa kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Ummu Sopiah, Trong.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Setia TKP Hj. Nordin Bin Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Pengarah institusi negeri perak serta  jemputan kakitangan dari institusi terdekat, ahli PERSIAP, ahli Bersekutu PERSIAP, pegawai kanan, kakitangan serta keluarga.

BUBUR LAMBUK "PULAPEN CORNER"

Imej
9 Jun 2016, ASeperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti memasak bubur lambuk pada kali ini diadakan pada hari khamis setiap minggu dengan membawa resepi penyediaan dari utara, dan pantai timur.