Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017

Imej
17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak melibatkan seramai 145 orang peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan selama 15 minggu dan mengikuti modul-modul latihan yang telah dirancang.

GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Imej
16 Oktober 2017 ( Isnin ), Gotong-royong memasak Bubur Asyura diadakan lagi pada 26 Muharram 1439H bertempat di perkarangan Rumah Mayang Sari. Gotong-royong tersebut bermula pada jam 9.30pagi dan turut dibantu oleh Ahli PERSIAP PULAPEN Perak.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT INSTITUSI PULAPEN PERAK

Imej
14 Oktober 2017 ( Sabtu ), Seawal jam 7.30 pagi, Pegawai kanan, warga kerja PULAPEN Perak serta keluarga, dan peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berkumpul di Padang Kawad PULAPEN Perak untuk memulakan Sambutan Hari Sukan Negara  peringkat institusi.

PEMAKAIAN PINGAT PERKHIDMATAN AM ( PPA ) KSAPP SIRI 2/2017

Imej
4 Oktober 2017 ( Rabu ) - Majlis Pemakaian Pingat Perkhidmatan Am ( PPA ) kepada 145 orang peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah diadakan di Padang Kawad PULAPEN Perak pada jam 8.00 pagi.

AUDIT PERSIJILAN SEMULA DAN UPGRADING VERSI MS ISO 9001:2015

Imej
3 Oktober 2017 ( Selasa ) - PULAPEN Perak telah menerima lawatan audit dari  Management System Certification Department SIRIM QAS International Sdn Bhd yang  diketuai oleh Tn. Haji Ali Bin Borhan serta seorang auditor iaitu En. Abd. Lataf Bin Daud . Skop persijilan adalah Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19 dan pengauditan dijalankan menggunakan standard MS ISO 9001:2015.

PERHIMPUNAN SETIA BULAN SEPTEMBER DAN PEMAKAIAN PANGKAT

Imej
14 September 2017 ( Khamis ) - Padang Kawad PULAPEN Perak telah menjadi lokasi bagi Perhimpunan Setia Bulan September 2017 serta Majlis Pemakaian Pangkat hakiki / TBBK kepada kakitangan Institusi Penjara Negeri Perak. Majlis Pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak. Turut hadir adalah pengarah-pengarah institusi Penjara Negeri Perak.