Isnin, 2 Oktober 2017

QURBAN DAN AQIQAH PULAPEN PERAK

3 September 2017 ( Ahad ) , Seawal jam 7.30 pagi, semua pegawai dan kakitangan serta keluarga termasuk ahli PERSIAP PULAPEN Perak telah berkumpul di perkarangan Rumah Mayang Sari untuk menikmati sarapan pagi sebelum memulakan tugasan masing-masing untuk melapah daging korban, dan penyediaan bahan untuk memasak.
Turut hadir adalah PKP Nik Robidin Bin Ab Rahman (Komandan PULAPEN Perak) serta keluarga, PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh ( Timbalan Komandan Pengurusan ) TPP Abdullah Bin Abd Kodir ( Timbalan Komandan Latihan ).
Selesai gotong-royong memasak, telah diadakan Bacaan Tahlil dan doa selamat dan seterusnya, Komandan PULAPEN Perak berbesar hati untuk mengagihkan daging qurban kepada semua kakitangan . Program berakhir dengan jamuan makan tengahari yang disediakan.



Tiada ulasan:

Catat Komen

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017

17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan ...