MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN SISWA SISWI KOREKSIONAL ( SISKOR ) SIRI 1/2017



27 Ogos 2017 ( Ahad ) - Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) Siri 1/2017 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia ( UUM ), universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ), Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ( UTHM ).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar ( Ketua Pengarah Penjara Malaysia ) yang hadir bersama isteri YBhg. Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional)TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid ( Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme ), Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, dan Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Utara.
Penyerahan watikah serta pemakaian Pangkat Kehormat SISKOR kepada 18 orang penerima turut disampaikan didalam majlis tersebut, seterusnya penyampaian Piala Pusingan SISKOR kepada peserta-peserta terbaik. Aturcara diteruskan dengan persembahan dari Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia serta Pasukan Pancaragam SHG  sebelum diakhiri dengan persembahan SENTAP oleh semua peserta SISKOR.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "