PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT INSTITUSI PULAPEN PERAK


14 Oktober 2017 ( Sabtu ), Seawal jam 7.30 pagi, Pegawai kanan, warga kerja PULAPEN Perak serta keluarga, dan peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berkumpul di Padang Kawad PULAPEN Perak untuk memulakan Sambutan Hari Sukan Negara  peringkat institusi.
Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan aerobik yang dipimpin oleh KPL Amir Hamzah Bin Mohd Najib. Turut hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara adalah PKP Nik Robidin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak dan isteri Pn. Zalina Zahari, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak serta keluarga.
Selesai aerobik, semua warga PULAPEN yang hadir berkumpul di Pintu besar bagi pelepasan untuk aktiviti " Mulakan langkah untuk Jantung Sihat ". Program Hari Sukan Negara berakhir pada jam 10.30 pagi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "