Sabtu, 11 November 2017

AUDIT PERSIJILAN SEMULA DAN UPGRADING VERSI MS ISO 9001:2015


3 Oktober 2017 ( Selasa ) - PULAPEN Perak telah menerima lawatan audit dari Management System Certification Department SIRIM QAS International Sdn Bhd yang diketuai oleh Tn. Haji Ali Bin Borhan serta seorang auditor iaitu En. Abd. Lataf Bin Daud . Skop persijilan adalah Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19 dan pengauditan dijalankan menggunakan standard MS ISO 9001:2015.

Sesi audit bermula pada 2 Oktober 2017 dimulakan dengan Opening Meeting yang dihadiri oleh Komandan PULAPEN Perak, Pengurus SPK serta semua Pemegang Dokumen. Sepanjang audit dijalankan, terdapat beberapa penemuan untuk penambahbaikan dilakukan. Closing Meeting diadakan pada 3 Oktober 2017 jam 4.00 petang dan PULAPEN Perak telah disyorkan untuk dipersijilkan dengan menaik taraf kepada MS ISO 9001:2015.


Tiada ulasan:

Catat Komen

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017

17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan ...