Program Ziarah Ahli Bersekutu PERSIAP PULAPEN

11 Jun 2014 - Satu program ziarah telah di atur ke rumah salah seorang ahli Bersekutu PERSIAP PULAPEN iaitu Pn. Raja Zahar Fauziah yang bertempat di Assam Kumbang. Beliau juga merupakan isteri kepada mantan pengarah Penjara Taiping iaitu Tn. Jamaluddin Bin Ramdhan.

Turut serta dalam program ziarah tersebut ialah Y.Bhg Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, ditemani isteri, Y.Bhg Datin Hjh Noraini Binti Hj Man, Y.D.P PERSIAP Malaysia. Program ziarah tersebut turut dihadiri Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Y.Bhg Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan serta isteri, dan Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, TKPj Hj. Nordin Bin Mohamad.
Sebelum pulang, Y.Bhg Dato' Sri berbesar hati untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tn. Jamaluddin Bin Ramdhan, Mantan Pengarah Penjara Taiping.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

" Ingatlah Pesan Komandan... "